Poland Oh Poland - Episod 3

Adapun tinggal di negara yang bernama Poland ni, memang menyeronokan kekadang memelikkan gak. Setiap masa yang berlalu tiadalah lain yang diperolehi melainkan pengamalan dan pemgalaman yang baru.

Apapun sesuatu yang pasti Poland adalah sebuah negara yang jauh lebih tua dari Bolehland, pernah berada dibawah Russian influence for decades, pernah beberapa kali terhimpit dalam peperangan kiri dan kanan antara Russia dan German, berjuta Polish berada di luar Poland mencari kehidupan baru dan jangan lupa Pop John Paul II adalah dari Poland.

Maka, kerana sejarah lalu orang Poland adalah merupakan orang yang punya banyak pengalaman pahit maung yang diterjemahkan kepada sistem kenegaraan, perhubungan sosial, dasar ekonomi dan keperibadian orang Poland itu sendiri pada masa ini.

Apapun semua ni adalah dari pandangan peribadi ana sendiri yang bermastautin di Poland lebih 4 tahun yang lalu.

Kalau ana teruskan gaya crite macam tu harus macam belajar sejarah lak. Ana fikir lebih baik ana coretkan sesuatu yang ana rasa ONLY IN POLAND je. Mungkin gak berlaku kat negara lain tapi bagi ana yg ini ana alami di Poland je.
1. Adapun orang Poland lebih berhati2 bila berhubung dengan orang waima sesama depa pun. Depa tak take matters for granted. Sebelum kata yes or no depa akan pastikan depa benar2 faham apa yang depa bincangkan. So, jangan giveup kalau depa banyak bertanya atau macam tak percaya kat kite.
2. Dalam membuat kerja depa percaya kepada procedures yang bertulis bukan yang main cakap-cakap je. So, jangan pelik kalau nak wat apa2 dgn depa, depa nak benda-benda tu.
3. Dibandingkan dengan orang barat yang lain, ana rasa orang Poland ni lebih percaya kepada agama. Bila hari Ahad masih ramai yang muda2 gi gereja samada yang kat bandar atau kat kg. Yang tua tu usah crite lah. Gereja bersepah-sepah kat mana2 pun.
4. Budi bahasa orang yang berada dikaunter tak leh lawan orang Bolehland. Ucapan selamat sejahtera, terima kasih dan jumpa lagi macam sesuatu yang wajib diucapkan pada customer. Mungkin ini cara orang Barat bukan Poland je la. Tapi probemnye orang yang berurusan kat counter banyak sangat soalan, tak berenti bercakap. Setengah jam berurusan seorang tu biasa. Entah apa yang dicakapkan. Dan pulak, kalau ada banyak kaunter, depa queue dlm satu barisan je walaupun tak de tanda. So, janganlah tengok kaunter tak de orang baris trus kedepan, mesti kena sound lah jawabnye. Kalau ada kerusi depa tak berbaris pun tapi dok kat kerusi. So kena tanya lah sapa orang terakhir. Masalahnye nak tanya tak pandai lak. So, cakap melayu and bahasa isyarat lah jawabnye. Depa faham alsoooooooooo.
5. Berurusan di Bank lak
- Kalau kite tak de kerja, kite tak leh buka akaun. So, bini-bini kena simpan duit bawah bantal lah.
- Kite tak leh masukkan apatah lagi keluarkan duit dari akaun orang lain kecuali kite ada ATM card orang tu. So, nak suruh driver masukan duit tak de harapan lah yob. Sebab semua urusan dengan bank dimulakan dengan sreeeet ATM card. Isi borang macam kite tak main.
- Interest yang kite dapat tiap bulan pun kena tax gak.
6. Memandu di Poland.
- Pandu sebelah kiri. Kat bandar tram ada priority. Kalau kite kat belakang tram n tram berhenti kite kena berenti sehinggalah pintu tram tertutup semula baru kite boleh jalan semula untuk memotong atau dok bersebelahan dgn tram tu kalau kat traffic light ke.
- Kena perati sign board samada kita memandu atas main road atau tak. Tak semestinya jalan besar je main road, jalan kecik pun ada yang jadi main road. Sebab kat persimpangan, main road ada priority. Tambah lak simpang kat selekoh (jarang sangat kat Bolehland ada simpang macam ni). Kalau kite tak tau samada kite tak main road ke dak, mulalah kite akan jalan terus je yang sepetutnye kite kena berenti atau kite berenti yg sepatutnye kite kena jalan. Banyak kali kena hon and nak accident yob.
- Kekadang org Poland ni bab bagi laluan cukup klas terutama orang nak keluar masuk main road. Depa sanggup berenti kat main road waima kat roundabout utk bagi laluan kat orang. Tak ke haru. Cara ni kekadang lebih effektif dari ada trafik light and tak perlu polis. Yang best nye tu bila org dah bagi laluan, kite akan bagi hazard light sikit sebagai tanda terima kasih. Eh seronok yob.
- Depa ni plak kalau memandu akan pertahankan hak depa. Kalau depa betul boleh singsing lengan and depa tak pedulilah. Sebab tu byk berlaku accident ditempat yang tak munasabah. Lepas bayar tol pun boleh accident, bayangkan.
- Memandu kat highway memang laju depa ni walaupun speed limit 130kmj. Kalau setakat bawa 130kmj memang kena potong dgn trailer lah jwbnye. Average speed kat highway 150 to 160kmj lah kami pun.
- Pandu sebelah kiri. Tu tak pelah. Yang tak sedapnye tu right hand drive veh tak leh register kat Poland. Kereta continental murah lak tu. Putih mata yob.
7. Bahasa dan Tulisan – Poland ada bahasa sendiri lebih kurang sama dgn bahasa Russia, Ukarine, Slovakia dan jiran2 bersebelahan yang lain lah dan depa ada tulisan sendiri yang sama dgn tulisan rumi tapi ada tambahan 6 abjad lagi kot. Perkataan depa panjang-panjang, average satu perkataan 5 suku kata kot. Yang dekat 10 suku \kata pun ada. Antara bahasa depa yang terbalik dari orang and bahasa kite adalah TAK maknanye YE, NO naknanye AHAH, TAKSAMO maknanye SAMA. Amacam?

0 Response to "Poland Oh Poland - Episod 3"