Tahun Pertama Di Poland - Episod 4

Maka pada tanggal 3 Dis 2003 bermulalah kehidupan kami sekeluarga bersama-sama lapan lagi keluarga seangkatan bersenjata dgn kami di negara Poland, 45 manusia semuanye. Yang tua yang muda yang kecil yang besar semua ada. Rumah antara kami berselerak di sekitar lingkungan 5km antara satu sama lain di bandar KRAKOW. Ada yang dok bungalow, semi detached atau apartment.

Almaklum sajalah musim salju ketika itu, setiap detik yang berlalu ditempuhi dgn pengalaman dan pengetahuan yg baru bermula dari buka mata sampai tutup mata waima mengigaupun benda yang baru. Semuanye melucukan tapi menyeronokan. Hatta nak menggunakan peralatan elektrik pun dh jadi tak pandai tiada lain kerana insrtuction dalam bahasa dia, buka TV bahasa dia, semua bahasa dialah. Ada tak de main hemtam and tengok gambar je.

Hari-hari pertama di rumah dihabiskan dgn memahami sistem yg ada dalam rumah, apinye, gasnye, letriknye. Macamaana nak guna, nak maintain, nak set dan macam lagi yang sewaktu dengannye. Susah upanye dok kat tempat yang semacam ni. Kemudian pelahan-pelahan belajar cara berpakaian. Jenis yang macamana, bahagian mana yng wajib tutup utk tidak sakit, bila boleh kuar, apa persiapan nak kuar. Adapuan pada mula tu berpakaian pun macam serba tak kena macam Bangla kat Nilai lah gamaknye, kekok and tak kena sokmo.

Gambar bekelananye seorang perwira di Poland he he

Ketika itu, cuaca memang agak tidak berapa elok. Salji turun tak berhenti, suhu jatuh sehingga -15oC, ada ketika sehingga -25oC. Matahari tak kelihatan, angin bertiup kencang. Tambah lak kenderaan tak de, kenalan tak de, cakap depa tak pandai, muka yang macam kite pun tak pernah ada kat Krakow ni.

Setiap masa jadi perhatian, macam kite tengok Bangla pakai lengan panjang dengan selipar, punyalah pelek depa ni tengok kami. Container makanan belom sampai. Nak naik bas tak pandai, apatah lagi nak tanya mana nak pegi.

Nak panggil teksi pun susah. Ada no tapi depa bantai cakap Poland. Puaslah bercakap sama-sama tak faham. Tiba kat TESCO, puas lah membelek makanan yang boleh dimakan.

Bandingkan harga. Mak ai mahalnye. Mujur exchange rate masa tu 1RM=1ZLOTY, cepatlah wat kira-kira. Yang murah cuma kobis bulat and keras macam bola bowling, 1RM sebiji. Yang lain want to talk also lazy. Alangkah bagusnye kalau cuma makan rumput je. Kembong perut pun dok atas bara dah ok. Yang seronok bebudak, dah naik biru muka baru masuk rumah.

Gambar dgn Anak Bungsu yang Confuse Tengok Salji

Minggu pertama dan kedua, kami sibuk menguruskan sekolah anak-anak di British International School of Cracow (BISC). Sekolah kecil, menyewa bangunan di bandar KRAKOW, murid sekitar 100 orang macam2 jenis manusia. Kemasukan anak-anak kami seramai 25 org pada masa tu menjadikan mereka majority kat sekolah.

Depa pun first time mendapat murid muslim. Biasalah kite minta tandas ada tempat cebuk, tempat wuduk, bilik sembahyang dan lain-lain keperluan melayu islam. Bagusnye depa layan semua. Yang tak bagusnye bebudak ni tak gunakan sebetulnye. Heranlah plak depa. Kena mejawab lah plak kami kat depa.

Yuran sekolah sebulan RM5,000.00. Ummak ai. Mujur Kerajaan tanggung 85%. Kami bayar 15%. Ada 4 anak dekat RM3,000.00 gak sebulan. Anak-anak hari-hari pertama confuse like hell. Semua org cakap ompituh, depa masih tak leh nak sebut walaupun faham. Kesian lak dalam hati.

Tapi kata2 cikgu besar menyenangkan hati. 3 atau 4 bulan mesti mereka boleh bertutur terutama anak-anak tadika dan darjah 1. Macam tak percaya. Tapi itulah hakikatnye. Dah tak nak cakap melayu lak depa ni. Nak gi sekolah pun masalah gak, nak naik apa ni, macamana nih. Mujur ada tuan tumah yang sanggup hantar dan carikan member lain (yang tak keras kepala lah) untuk hantar bebudak ni dengan bayaran satu kepala 10.00 RM sehari. Ummak ai. Ada 4 anak RM40.00 sehari, sebulan RM800.00. Hantam gak lah janji anak-anak sampai dan balik dgn selamat.

Gambar anak ke sekolah dgn Van

Dalam bulan pertama banyak masa dihabiskan menokok tambah peralatan dan pakaian yang tak cukup. Harga lazy to say lah. Makanan jadi masalah utama. Daging halal tak de, dok belasah ikan depa semata, naik buntang biji mata, sayur pun sayor depa je yang ada. Kat pasar nak bertanya tak pandai, masalah bahasa lagi. Sikit punya susah ke nak tanya kat mana ada jual ayam ke lembu ke kambing ke yang hidup kami nak sembelih. Macam-macam gaya dibuat didemo tak faham gak depa ni pun.

Entah macamana satu hari terjumpa orang jual ayam telo dah expired. Oder kat dia seorang 3 ekor. Balik sembelih, campak dalam salji, 20 minit kmdian cari tak jumpa. Dah le malam. Esok siang cari baru jumpa. Rebus guna pressure cooker pun tak berapa nak empok. Hantamlah janji ayam. 3 ekor tahanlah seminggu. Tapi puas lak mencari rempah ratusnye. Jumpa tapi tak cukup, kira oklah gak. Macam tulah setiap hari. Tapi masalah bahasa menjadikan inisiatif kami terbantut, jadi malas tapi kena wat gak. Alon alon asal kelakon.

Adapun setelah dua bulan agaknye berkeadaan begitu dan sebahagian masalah kat umah dan sekolah anak-anak dah selesai barulah kami pergi kerja. Bukan dekat, 150km dari rumah, kuar gelap balik gelap. Kite sambung nanti ekkkkk.

Sampai ketemu lagi mas. Salam dari Poland

From Poland With Love (Episode Berapa Ehhh....?)



Assalamualaikum Skot,
Sekarang ni tengah sibuk kat KT kot. Undi skot jangan tak undi. Kami kat Poland dah reduce strength, tinggal aku and Bos besama-sama family je lagi. Yang lain dah balik Malaysia. Insyallah kalau tak de apa-apa halangan bulan Mei ni balik lah aku.

Tak sangka diam tak diam dah 5 tahun aku kat Poland ni. Ada 14 episode lagi janji belum tertunai. Tungguuuuuuuuu. Tahun akhir ni sibuk buat collection apa yang patut sebelum balik.

Paling seronok wat collection barang-barang lama, baik lukisan, barang2 hiasan, kristal dan entah apa-apa lagi yang kumpul sampai stertika lama2 pun aku kumpul gak.

Eh pelik tu tengok seterika dolu-dolu yang puluhan tahun lebih awal dari seterika ayam yang kite guna masa kecik-kecik dulu. Tahun ni masa peak winter aku berpeluang ada kat Poland. Tiga tahun lepas wat kije kat Malaysia.

Cuma masa mula-mula datang dulu je Dis 03 dapat rasakan betul2 Polish Winter. Masa tu average temperature -22C, pastu tahun 2005/6/7 tak berapa sejuk dah.

Tahun ni kira ok jugak about -5 ke -18. Boleh tahan gak tapi snow kurang, nak main ski kena gi kat Slovakia sebab bukan saja snow banyak tapi jauh lebih murah dari Poland.

Tempat paling dekat nak berski kat Poland adalah kat Zakopane tapi punya lah mahal dan ramai orang, so gi amek gambar jelah Melayu. K, skot sampai jumpa lagi.

From Poland with Love

Wakil AR, SP dan AS Coy Bertemu di Poland



Lama sangat nak tunggu posting/entry ko orang, dah tak ada apa yang hendak update. Nasib baik blog Zali ada sesuatu yang nak dikongsi, walaupun foto ini dah berbulan-bulan dapat.

Foto ini dikatakan diambil di kampung Fuad Hamzah dan Razak di Poland ketika Kamarul berkunjung untuk meninjau jentera di belakang mereka tu.

Betul kata Zali, memang cantik! Mereka mewakili Syed Putra Kompeni (SP Coy - Razak), Alam Shah Kompeni (AS Coy - Kamarul), dan Abdul Rahman Kompeni (AR Coy - Fuad).

Tapi sepatutnya Fuad berdiri di kanan sekali sebab AR Coy pakai lanyard kuning.

From Poland With Love (Episode 5)



Awal mula pertama mula tiadalah lain yang saya ingin ucapkan melainkan mengangkat salam takzim dan selamat berkampong kepada Regular 20 dan 21.

Adapun tiadalah kata yang lebih tepat nak dikatakan melainkan rasa terharu yang amat sangat di atas penat lelah sahabat-sahabat semua yang tertungkus lumus mengendalikan perjumpaan yang tidak dapat saya sertai itu huhuhu.

Hampir 30 tahun Gerombolan 20 dan 21 meninggalkan tempat berguru dan bergurau, meninggalkan pentas tarian dan gelanggang persilatan yang sama rata sama paras dengan penuh kenangan yang suka dan duka untuk dikenang.

Dalam tempoh itu juga, gerombolan ini mula berpencak digelanggang yang berbeza, menari di pentas yang tak sama, meniti arus kehidupan yang kadang pasang kadang surut, kadang pasang tak surut-surut, kadang surut tak pasang-pasang dan yang seumpamanya yang akhirnya dizahirkan pada penampilan setelah 30 tahun masa berlalu.

Justeru, sebagai sahabat dunia akhirat, saya iringkan perjumpaan itu dengan harapan...

Yang sedang dan akan mengenggam bara api biarlah sampai jadi abu,

Yang sedang melihat bulan jangan terlupa rumput yang dipijak,

Yang sedang sedang saja, yang penting dia setia... Iwan tuu hehehe,

Yang sedang mendengar guruh dilangit, air di tempayan dibuang jangan,

Yang sedang menyelok pekasam, selok lah benda lain, tapi biarlah sampai ke pangkal pengang,
dan dengan doa....


"Andainya langkah kalian adalah langkah Sang Geruda, saya iringkan langkah kalian dengan doa agar kalian menjadi Sang Garuda yang menakluki angkasa raya. Tapi andai kalian memilih langkah sebagai Sang Naga, akan saya iringkan langkah kalian agar menjadi Sang Naga yang bisa menakluki seantero dunia".

Sekian From Poland with Love

From Poland With Love (Episode 6)




SELAMAT HARI PEKERJA

MAYDAY kat Poland macam hari cuti am yang besar-besar, semua orang cuti. supermarket 24jam cuti, pasar cuti, kedai cuti, boleh kata semua orang cuti.

Yang buka cuma kedai minyak dan pengangkutan awam. Maknanya cuti-cuti yang macam ini adalah sesuatu yang sungguh memboringkan.

Tak tau apa nak buat. So, ada tak de basuh lah kereta and potong rumput kat rumah. Balik Malaysia esok tak de peluang nak memesin rumput kat rumah sebab dok rumah teres and tireh.

Tambah lak dah mula spring and panas ni. Banyak sangat gangguan mata kat luar tuh. So, lebih baik dok rumah.

Lainlah macam Kak Kiah antd Tuan Jalal, boleh gi taichi, gi aerobik, gi main pingpong.

Apapun spring ni spring terakhir kami kat Poland.

From Poland with Love

Rumahku Syurgaku









Selamat Berpuasa

Wishes all Muslims especially to all of my friends, a very happy and blessed Ramadhan! Selamat berpuasa dan beramal!